Wednesday, August 5, 2015

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.com. Entri kali ini penulis ingin berkongsi foto yang dicapture dari smartphone terbaru keluaran Asus iaitu Zenfone 2. Untuk pengetahuan pembaca semua, sensor kamera yang terdapat pada Zenfone 2 ini adalah dari keluaran 
Toshiba model T4K37. Peranti kamera 13MP  ini dilengkapi dengan teknologi sensor imej termaju yang menyokong ciri-ciri seperti Backside Illumination (BSI), High Dynamic Range (HDR) dan Color Noise Reduction (CNR) bersepadu. mari saya huraikan lebih lanjut mengenai ciri-ciri yang saya sebutkan tadi.

Backside Illumination (BSI)
A back-illuminated sensor, also known as backside illumination (BSI or BI) sensor, is a type of digital image sensor that uses a novel arrangement of the imaging elements to increase the amount of light captured and thereby improve low-light performance. (ataupun dalam bahasa yang mudahnya ialah BSI ini menawarkan penyerapan cahaya dan sensiviti yang lebih baik lalu meningkatkan prestasi dalam situasi pencahayaan rendah ataupun low-light)

High Dynamic Range (HDR)
HDR is a form of photography that enables you to create a picture with a greater dynamic range than is usually possible. (ataupun dalam bahasa teknikalnya menghasilkan gambar dengan pelbagai julat dinamik)

Aku tak faham apa tu HDR laa? Duduk diam-diam meh Penulis terangkan 
Dynamic range ialah ukuran julat kadar cahaya yang berbeza. Dari hitam gelap ke putih terang yang boleh dirakam dan dipaparkan pada peranti anda (smartphone korang tu la). Ia menentukan jumlah kontras yang boleh dipapar dan dirakam tanpa kehilangan detail. Sebab tu kalau kita tengok gambar-gambar yang dihasilkan dari DSLR yang menggunakan teknik HDR dengan betul akan menghasilkan subjek dalam gambar tersebut lebih detail dari biasa. Zaman sekarang ni smartphone pun dilengkapi dengan mode HDR tau! 


Sumber daripada Tomshardware.com | Nampak tak perbezaan mode HDR yang terdapat pada setiap jenama smartphone di atas? Kalau dalam website rasmi Asus, mereka tak beritahu secara direct setiap jenama smartphone yang dibandingkan.

Color Noise Reduction pula mengurangkan jumlah noise (bintik-bintik) dan meningkatkan kualiti imej. Apa kata lihat dahulu gambar-gambar yang saya capture.

p/s: gambar-gambar di bawah ini telah saya resize kepada 1200 x 900px bagi mengecilkan saiz fail supaya loading lebih cepat. tidak diedit yer!

Pokok Kipas
Pokok Kipas 




Tepi bangunan F54

Mode HDR | Tepi bangunan F54

Baiklah, penulis sendiri berpuas hati dengan kualiti gambar dari Asus Zenfone 2 ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya, eh mana Samsung Galaxy Mega penulis? Oh yer, lupa nak beritahu. Smartphone penulis yang lagi satu tu baru-baru ini terjatuh dari tangan dan crack pada touchscreen. Nasib baiklah tak rosak dalam sistem. tetapi touchscreen tak berfungsi walau kita slide ke kiri dan kanan. Disebabkan itu penulis telah menghantar galaxy mega untuk repair dan dapat semula dalam keadaan baik. Kos ganti LCD touchsreen siap upah ialah RM220. Di mana? Penulis hantar kat U-Mall, Pulai Utama, Skudai. Maklumah dekat jer dengan tempat kerja.

Pada masa yang sama, jika anda juga adalah pemilik Zenfone 2, jangan lupa bahawa smartphone ini mempunyai kelebihan dalam berselfie! Cuba korang try selfie panorama. Ia membolehkan uolls mengambil gambar selfie dengan mode panorama! Wow!!..So kalau korang ambil gambar dengan background yang cantik jangan lepaskan peluang untuk guna mode selfie panorama ni. Dapat cover wide angle beb. Kalau dalam frame ada ramai subjek pun bagus juga berselfie ler kita. Party Selfie!! Hihihi...

Wassalam..
Tuan Tanah cubitsanasini.blogspot.com

Share:

0 comments:

Post a Comment