Friday, June 14, 2013

Aha..bertemu kita kembali dalam episod keempat dan merupakan entri terakhir bagi hasil nukilan Pulau Tioman 2013 Part 4: Sun Beach Resort, kami datang! :-) Huhu..sedar tak sedar dah masuk episod keempat saya menukilkan mengenai aktiviti kami sebelum dan semasa di Pulau Tioman untuk tahun 2013 ini. Ada orang tanya, "eh, kau dah pergi tioman dulu, kenapa tahun ni kau nak pergi lagi? Kenapa tak pergi pulau lain pulak?" Aha..saya jawab simple aje, dekat Mersing jer, drive pun 2 jam dan naik bot pun lebih kurang 2 jam juga. Berbanding kalau pergi ke tempat lain yang lebih jauh dan memerlukan tenaga untuk driving dalam satu jangka masa yang panjang, elok jelah kami return semula ke Pulau Tioman. Dan tempat snorkeling pula berbeza dari tahun lepas, so adalah juga perbezaankan.. ;) Jom kita tengok foto2 di bawah ini memandangkan visual lebih berkesan berbanding teks yang entah apa2 ni. ;p

 Sun Beach Resort ni terletak di Kampong Genting
yer. Dan kat sini juga terdapat beberapa resort lain
yang berdekatan. Tak percaya tengok map tu.

Aktiviti pertama selepas letak beg dalam bilik ialah MAKAN!
Rasanya, inilah nasi goreng kampong paling sedap di Pulau Tioman!
Macam nak tambah sepinggan lagi, tapi segan pulak dengan Cik Puan
kita yang tengah bz dengan smartphone dia tu. Hihihi...  
(untuk pengetahuan semua kat sini memang senang nak cari gerai makan2.
Macam2 jenis makanan ada kat sini. You just have to point your finger
to the food stall you like!) 

Dengan menggunakan Ultra Wide Lens, segalanya nampak cantik
apabila pemandangan lanskap begini. Jom berenang kat depan ni.
Ada coral tau!


Kan dah cakap tadi. Kat sini memang mudah mencari apa saja yang
kita nak lebih2 lagi keychain, cenderahati dan sewaktu dengannya.
Tunjuk aje apa yang anda suka macam Cik Puan kita ni. Entah apa
yang ditunjuknya tu tak taulah. ;p

Beraneka jenis kaca mata untuk dipilih oleh anda dan menggayakannya
ketika di Kampong Genting ini nanti. Pilih, tunjuk dan bayar. Mudah bukan!

 Aha..tengok tu, nak apa2 cuma tunjuk aje mana yang berkenan.
Eh..gurau jer, taklah begitu sebenarnya. hihi..sebenarnya nak
beritahu kat sini sebenarnya ada kemudahan kedai runcit dan setakat
nak makan snack tu kat sini macam2 ada. T-shirt pun ada kat dalam
kedai ni tau!

 Aha..1st day waktu petang tu lepas snorkeling kat pantai,
si dia mengajak buat aktiviti batik painting. Hmm..ternyata tangannya
lebih berseni dari saya. ;) saya hanya sekadar memetik digital aje.

 Sekejap aje tuan punya kedai ni mengajar macam mana nak mewarna
batik, terus jadi bijak painting batik tu. huhu..

Aha..tengok ni, cantik tak hasil kerja tangan saya. Yang bawah tu
sample aje tau. Yang real punya kat atas tu. ;) cantikkan?

Dah penatlah dengan aktiviti hari pertama untuk hari itu, masuk bilik
berehat pulaklah yer. Penat menapak ke atas ni. Rasa macam dah naik
tak nak turun lagi dah. ;p

BBQ on the 1st night. Ingatkan malam kedua nanti ada BBQ.
Rupanya malam tu juga diraikan dengan BBQ. Cayalah! ;)

Sotong BBQ beb! Perggh..tak pasal2 aras cholestrol/B.P. tinggi lepas
makan seafood ni. Ishh..malam pengampunan untuk aktiviti BBQ itu.

Ramai2 dalam satu bot pergi ke Pulau Renggis dalam misi Snorkeling.
Taklah besar mana Pulau Renggis tu. Boleh keliling berenang kat situ.
Tapi coralnya magnificent!

The 1st stop that day. Lagi sikit tu jer nak sampai Renggis Island.
Bukan sebijik bot aje yang parking kat sini, 3-4 bijik bot yang lain
dalam misi yang sama pada hari itu.

 2nd snorkeling stop. Taman Laut, Pulau Tioman. Kat sini banyak tukun
tiruan jer, tapi ikan kat sini besar2 macam ikan caru. So, prepare dengan
stok roti kay!

Ok..saje jer skip terus kat Tekek ni. Kat sini tempat bershopping
coklat macam di Langkawi tu. Tapi taklah banyak kedai...cuma banyak
pilihan jugak coklat yang ada di situ. Setakat 2 beg plastik tu biasalahkan!


Makan malam untuk 2nd night. Ada sotong, ayam, sayur kacang buncis
goreng, sup fishball, dan buah tembikai sebagai desert. Overall taste, ermm...
macam nak tambah lagi tapi tank sudah penuh! hihi.. ;)

Baiklah, setelah kami melalui aktitivi 3 hari 2 malam di Sun Beach Resort, Kampong Genting, Pulau Tioman, apa yang dapat kami simpulkan secara keseluruhan berada di resort ini adalah seperti berikut:
1. memandangkan Sun Beach Resort ni terletak di kawasan kampong, maka ada banyak fasiliti untuk penduduk dan pelancong di sekitar ini memanfaatkan kemudahan tersebut. e.g. surau, klinik.
2. kat sini ada pelbagai kedai makan, kedai burger dan juga kedai runcit seolah-olah macam arked mara. Rasanya kalau ambil pakej free n easy pun u all boleh survive kat sini kerana berdekatan dengan kedai2 makan di sekeliling kampung.
3. bagi penggemar aktiviti snorkeling dan diving, di pulau tioman ini banyak point2 tertentu untuk anda melakukan aktiviti diving. Bergantung pada keadaan cuaca. Coralnya masih hidup dan cantik. Di Tulai Island pula dah mati coralnya cerita orang2 di sana. Patutlah waktu kami ke Panuba Inn Resort dulu, snorkeling kat Tulai Island, bersih betul pantai tu tak nampak coral. huhu..
4. kita orang pilih deluxe room, kena panjat tangga untuk sampai ke bilik. ;) Exercise..(boleh dengar apa yang penghuni bilik sebelah bualkan) kalau nak bilik depan pantai boleh, tapi lebih sikitlah kosnya..
5. sebelum waktu dinner akan ada seorang pekerja di resort ini ketuk bilik ke bilik bagi tahu penghuni bilik dinner dah siap dan boleh turun ke dewan makan. cewahh..dewan makan! hihihi.. 

Sekiranya anda boleh tahan jika feri waktu balik nanti agak penuh tetapi masih ada ruang kosong walaupun tak dapat seat sebelah tingkap, maka anda jenis yang tak berapa kisah sangat tentang hal sedemikian. Ini oleh kerana, Kampung Genting merupakan stop yang terakhir untuk feri tersebut mengambil para penumpang! Ini bermakna ada ramai lagi penumpang yang telah berada dalam perot feri tersebut dari Salang, Panuba, ABC, Tekek, Kampong Paya, the last stop barulah Kampong Genting...weee!! hihihi...

Oklah, rasanya dah panjang lebar saya berceloteh untuk entri terakhir Pulau Tioman 2013 ini. So, for all of you guys out there yang nak bercuti, surveylah dulu betul2 tempat yang anda ingin bercuti itu. Jadikan percutian itu sebagai suatu kenangan yang indah yang boleh diingati sampailah boleh cerita ke anak cucu esok. Biar kita merasai sendiri bahawa bercuti dengan alam semulajadi ini adalah lebih baik dari bercuti dengan facebook, twitter, PS3, Xbox, entah apa2 lagi sosial media dan juga peralatan elektronik berbentuk game tu! Hayatilah percutian di dalam negara sendiri kerana jika bukan anda siapa lagi? ;-)

Wassalam...

Jeffri Rahman
Pecinta alam yang dijadikan Allah S.W.T. 

Share:

18 comments:

  1. As salam antara panuba n sun beach resort mane lg best...suami ajak brcuti disana..bce entry org ni teruja tol la tp ada anak kecik huhu ..just nak tanye pendapat ...moga2 dpa t la release tension si suami dgn kerja xhabis 2 huhu

    ReplyDelete
  2. As salam antara panuba n sun beach resort mane lg best...suami ajak brcuti disana..bce entry org ni teruja tol la tp ada anak kecik huhu ..just nak tanye pendapat ...moga2 dpa t la release tension si suami dgn kerja xhabis 2 huhu

    ReplyDelete
  3. Walaikumsalam Puan fizazbd. Maaflah kerana lewat reply, dan terima kasih sempatl menjengah ke blog saya ni. Erm..pada pandangan saya secara peribadi, kalau ada rezeki lebih tahun 2014 ini, saya teringin sekali nak return ke panuba inn. Sebabnya ialah..

    1) spt dlm entri panuba inn resort sebelum ni, saya suka snorkeling di sana sbb pihak resort bawa kami ke Malang Rock Island, Tulai Island dan Monkey Bay. Seingat saya, lebih kurang 4 snorkeling point yg berbeza dapat kami rasai. waktu itu kami pergi ke sana sekitar bulan Jun 2012, dan kebetulan cuaca mmg cantik dan kami dah riki pihak resort terlebih dahulu snorkeling kat mana, brp banyak tempat snorkeling. puas hati, :)

    2) di sun beach resort pula, kami pilih standard room with air con, tapi kami kena panjat tangga yang agak memenatkan kaki. tak caya boleh refer kat laman blog ni. hehe..kalau ada bajet lebih boleh booking bilik yg tepi pantai tu, taklah sakit kaki memanjat..

    3) secara keseluruhannya, saya pilih panuba inn resort. sebab airnya lebih hijau berbanding di sun beach resort. sama jer kena panjat tangga, tapi taklah penat sangat kot. hehe..

    4) bergantung kepada apa yg puan nak dan apa yang resort tu offer. ada baiknya riki dulu website tersebut apa yg mereka offer dan cuba hubungi mereka mengenai aktiviti yg ditawarkan. sebab waktu kat sun beach, kami cuma dibawa snorkeling dekat pulau rengis (sangat dekat dengan resort) dan juga taman laut, which is tukun tiruan dan ikan2 yg besar sahaja. kemudian pergi duty free shopping kat tekek.

    5) panuba inn resort atas sikit daripada sun beach resort, so kalau waktu balik naik bot ke mersing, taklah penuh dalam perot bot tu..

    mudah2an dpt memberikan bantuan mengenai hal ini. TQ.

    :)

    ReplyDelete
  4. Assalam terima kasih pandangan ...hehe tapi sya dah pegi awl bulan ari tu ..sun beach resort je tapinya...mr husband amik bilik junior suite jadi x la panjat tangge..nasib2..amik package ...haha ..tapi tu la x puas snorkeling.. 3 tempt je dier pg...hihi insya allh ade reki lebih pg panuba pulak..pe2 pun tq bg pndangan k...

    ReplyDelete
  5. Walaikumsalam...ohh..dah pegi ke sana rupanya. bolehlah share experience dalam blog puan. saya dan isteri pun berminat membaca blog2 travel dan makan. Anyway..all de best! ur welcome.

    ReplyDelete
  6. info yang menarik..sy suka blog walking before g mana2..cuma nak tanye la bilik2 kt sana super durian lg selesa n btul2 mhadap laut ke di panuba inn?sy bcadang nak ke pulau tioman bulan 9 nnti..jd survey dr pakej2 yg ada..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana sudi mengunjung blog saya ni. Walaupun membaca pada entri panuba inn, tapi komennya di artikel sun beach resort ini, tak mengapa..itu tandanya, saudari benar2 menghayati penulisan saya dlm blog ini. ;) hehe..

    Yer saudari, bilik yg kami berdua booking tu jenis Super Durian yang mengadap laut. Senang cerita, mengadap jetilah..kalau lepas dinner tu naik jer ke bilik, buka pintu di balkoni, fuhh..langsung tak nampak kereta/lori/bas yg boleh mengingatkan kita di jalanraya. Hanya nampak lautan terbentang luas sambil diiringi deruan ombak. Sekali-sekala dengar bunyi water taxi. ;)

    Kalau nak booking bilik Super Durian, pesan dgn pihak resort nak bilik SD yg mengadap laut nampak jeti. Gitulah adanya..nak pegi bulan 9? Erm..if u lucky tak hujan, mmg best! Sebaliknya..nak masuk timing monsun tu..anyway, confirmkan dgn pihak resort. Selamat bercuti! :)

    ReplyDelete
  8. Salam. Just nak tanya. Selamat ke bawa dslr nanti? Kalau time snorkelling macam mana?

    ReplyDelete
  9. Walaikumsalam..saya tidak ada jaminan mengenai keselamatan membawa dslr ke pulau esp. waktu snorkeling. pengalaman kami suami isteri pergi ke panuba inn resort dan juga sun beach resort ini membawa dslr, Alhamdulilah..selamat perlatan kami. Saya faham maksud tuan/puan ketika ingin snorkeling, maka sudah tentu dslr akan disimpan dalam beg sementara tuan/puan snorkeling bersama rakan/suami/isteri. kebanyakan pengunjung akan meletakkan dslr dalam beg dan tinggal dalam bot, sementara tekong bot akan stay dlm bot ataupun turun snorkeling sekali, tapi mereka akan jatuhkan sauh terlebih dahulu utk parking. mula2 saya pun agak x condifent nak bawak dslr tapi agak rugi kalau bercuti tanpa kenangan untuk ditatap/dicetak kemudian hari. berbanding di panuba inn dahulu, satu bot cuma ada 4 couple aje, tapi di SBR ini agak ramai juga..saya rasa keselamatan dslr yang saya bawa ke dalam bot adalah baik. terpulang kepada tuan/puan. cantek woo scenery kat sana! thehe..

    ReplyDelete
  10. salammmmm...ermmm memang best lah kt tioman nie...rugi siapa x datang kampong genting..banyak syok ar..hihihihihihi

    ReplyDelete
  11. Salam.. Sape-sape nk thu jadual feri blh tgk disini k. www.wanpulautioman.com @ percutianpulautioman.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. orait..ada jadual feri ke tioman secara online. confirm aku tengok selalu! hahaha!!

    ReplyDelete
  13. ASSALAM EN JEFFRI SAYA N FAMILY AKAN KE SUN BEACH RESORT. nebes lak..4th time g pulau-pulau nie selain pulau pinang.pulau langkawi dan pulau pangkor.... thisweek ke pulau tioman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Cik/Puan Adinda Wawa. Terima kasih kerana sempat berkunjung ke blog saya ini. Wahh, dah 4x pegi pulau percutian yer. Pastinya banyak experience dan kenangan utk dikongsi kemudian harikan? All de BEST dan selamat bercuti! ;)

      Delete
    2. Review punya review en Jeffri Rahman punya blog ni buat hati x sabar-sabar nak pi tioman. InsyAllah bulan 3 kami akan ke sana. Tapi rate kalo during school holiday jadi mahal kan??

      Delete
    3. Terima kasih sudi mengunjung blog kami ini dan minta maaf sebab tersangatlah lewat reply. Kalau puan dah pergi ke sana pastinya banyak pengalaman menarik untuk dikongsikan? Saya rasa eloknya riki website resort terlebih dahulu kemudian call mereka tanyakan samada rate mcm biasa atau mahal sikit ketika musim cuti sekolah..

      saya pergi ke panuba inn tahun 2012 ketika cuti sekolah pertengahan tahun dan rate mereka maintain waktu itu. Oklah..all the best yer puan! ;)

      Delete
  14. saya tertarik nak ke tioman...tapi xpasti nak pilih pakej sun beach atau panuba...kalau tgk website, nampak mcm panuba lebih menarik, tetapi terlalu banyak bad reviews dan jeti nya pun under constructions...banyak bad reviews tentang panuba berkenaan bilik yang tak diselenggara, masalah customer services, dan makanan. huhu risau tersalah pilih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah tertarik nak ke tioman tu merupakan satu step utk melancong ke dalam negara. bagus tu. tapi sebabkan tidak pasti oleh kerana terima bad reviews dari para pengguna internet yang lain yang pernah stay kat sana, jadi terasa ragu-ragu, betul? itu yang bagusnya review dari pengguna lain, ia membantu kita utk buat pilihan. jadinya..saya rasa apa kata try contact resort tersebut tanyakan soalan yang berbuku di hati. cewah.. pasal jeti tak siap, takde supply air, dsb..sekurang-kurangnya sedap sikit rasa hati bila dah dengar sendiri dari pihak resort. selamat bercuti! ;)

      Delete