Friday, June 14, 2013

Salam..bertemu kembali dalam siri pengembaraan bermula Pulau Tioman 2013 Part 3: Sun Beach Resort, kami datang! ;) Yeaayy..huhu, ada jugak yang kena cubit ni kang pasal acting macam kanak-kanak ribena. Ouch!! :p

Ok, untuk siri tiga bagi entri kali ini, saya akan membawa anda ke Sun Beach Resort dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang kami di sana. Pakej 3D2N yang sememangnya standard adalah pilihan kami bagi melengkapkan misi percutian kali ini.

Waktu malam sebelum bertolak, seperti biasa isteri saya menjalankan tugas sebagai seorang isteri yang solehah dengan melipat-lipat pakaian, membungkus peralatan diri dan mengunci jam untuk bangun lebih awal agar tidak terlajak pula tidurnya. 0_0 Maklumlah..kami bergerak dari Senai, Johor dan mengambil masa pula memandu untuk sampai ke Mersing.

Jadi, keesokan paginya lebih kurang pukul 6.50am kami pun bergerak dari rumah dan hentian pertama kami (selang beberapa puluh meter dari rumah) adalah stesen minyak Shell bagi mencurah petrol dan ke mesin ATM untuk mencukupkan bajet sewaktu di Pulau Tioman. Oh yaa..sebelum terlupa, seperti mana tahun 2012 yang lalu, tahun 2013 ini juga saya menaiki kenderaan isteri oleh kerana penjimatan minyak petrol yang agak ketara berbanding menaiki kenderaan saya. Hihihi.. ;) Ini adalah atas persetujuan bersama ye Tuan2 dan Puan2, dan dialah juga yang mendrive kami ke Mersing. ;) (balik ke johor saya pula yang drive) Kemudian perjalanan kami diteruskan dengan melalui jalan Kulai - Kota Tinggi. Walaupun lebuhraya E22 Senai Desaru lebih dekat dengan rumah kami, tetapi dirasakan agak jauh pula perjalanan yang terpaksa kami tempuhi. Ini oleh kerana apabila telah sampai di lampu trafik pada penghujung lebuhraya berkenaan, anda terpaksa membelok ke kiri untuk keluar semula ke simpang utama Kota Tinggi. Dan ini sudah tentu memakan masa yang agak lama! Maka untuk mengelak dari pembaziran masa kami lalu juga jalan lama Kulai-Kota Tinggi.

Selang beberapa KM dalam perjalanan dari Kulai-Kota Tinggi itu pula, tiba-tiba tanpa apa-apa amaran, hujan renyai turun membasahi bumi. Kami suami isteri saling berpandangan dan terdetik tika itu juga seraya saya berkata kepada isteri, "kalau kat sini dah renyai, macam manalah pula cuaca kat Mersing dan Tioman nanti agaknya ye?" Sang isteri cuba untuk tidak memikirkan cuaca yang tidak elok apabila sampai ke destinasi nanti. Untuk pengetahuan para pengunjung sekalian, sebelum beberapa hari kami bertolak ke Pulau Tioman, saya dah rikki dulu laman web Meteorological Department di laman web berikut: http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=704&Itemid=905

Tu dia..hujan renyai mencurah bumi lalu menitis atas kereta comel yang sedang dipandu oleh isteri tercinta. Waktu ni jam menunjukkan pukul 7:18am Teruskan drive wahai sayang!Yes you can do it! :p hihihi...

Aha..masih lagi jalan Kulai-Kota Tinggi. Cuaca pun agak cantik time ni iaitu pukul 7:40am.

Ianya hanya ramalan sahaja, ketepatannya belum tentu lagi. Itulah yang berlaku kepada kami, tapi kena teruskan membaca kalau nak tahu relation antara ramalan cuaca di laman web dengan cuaca sebenar di Tioman! ;) Jadi kami teruskan perjalanan seperti biasa dengan keadaan yang kadang-kadang hujan renyai di beberapa kawasan tertentu. Isteri saya terpaksa memandu dengan lebih berhati-hati dari seperti biasa, maklumlah jalan ke Mersing tu kebiasaanya akan terjumpa beberapa buah lori yang besar-besar dan keadaan cuaca menyukarkan untuk memotong kenderaan tersebut. hehe..

Sewaktu dalam perjalanan sekitar 1 jam 15 minit berlalu, smartphone si isteri berdering dan paparan di skrin menunjukkan Sun Beach Resort, hurmm...kenapa pulaklah nak call waktu begini? Adakah nak beritahu cuaca tak berapa elok dan terpaksa dibatalkan perjalanan kami ke Tioman? Atau adakah kami telah terlepas feri? Tak mungkin..jam menunjukkan kira-kira hampir pukul 9.00am sedangkan feri hanya akan bertolak pukul 10.00am. Dengan hati yang berdebar-debar penuh persoalan, saya pun menjawab panggilan tersebut..

SBR   : Hello, ni Puan Linda ke?
Saya   : Ah..bukan, ni suami dia. Isteri saya tengah drive ni (hihihi..seronok ada org drivekan kita)
             Apa boleh saya bantu ye Cik..(lupalah pulak nama) :p
SBR   : Ohh..saya cuma nak tanya dah sampai mana yer sekarang? Sebab kena datang ke kaunter
             dulu untuk urusan tiket feri.
Saya   : Ermm..kejap lagi saya sampailah. Kalau macam tu Cik ambilkan dulu tiket feri untuk kami
             berdua sebab kita orang memang confirm datang ni, Kejap lagi sampailah.
SBR   : Ok..confirm datang yer. Saya ambilkan tiket dulu untuk Encik Jeffri dan Puan Linda.
Saya   : Ok, Terima kasih, bye..

Saya pun berbicara perkara yang sama dengan isteri mengenai perbualan sebentar tadi. Dalam hati berkata ishh..siap call lagi tanya datang tak datang. Takkan tak datang pulak, dah bayar oooo..Rugi tak datang! Tapi waktu bercuti di Panuba Inn Resort dulu takde pulak call macam ni? Mungkin sekadar peringatan je kot untuk beritahu jangan datang lewat, nanti terlepas feri..hihihi..fikir positif.

Maka setelah memandu dengan cermat dan semangat yang berkobar-kobar untuk bercuti ke Pulau Tioman, akhirnya kami sampai jua di Mersing. Waahh..keadaan agak sibuk dengan pelancong dalam dan luar negara! Seperti biasa mana-mana pelancong yang nak ke Tioman akan parking kereta mereka di tourist parking, sebelah tourism centre tu. Tapi kali ni kami tak dapat parking di situ oleh kerana Full Parking! Nasib baiklah ada sorang pakcik ni dengan berjaket hujan (masih renyai lagi waktu ni) menaiki motor dan memberitahu kepada kami dan pemandu yang lain supaya follow dia ke parking berdekatan. Laaa..dekat jer rupanya dari situ, rupanya parking dekat kawasan rumah orang. Banyaklah jugak kereta yang park dekat situ, memandangkan parking yang satu lagi tu dah penuh. Maka kenalah bayar lebih sikit. Rujuk foto di bawah.

Ok..resip parking kereta tu yang warna kuning. RM 30 yer! Disebabkan parking dekat tourism centre tu dah penuh, maka terpaksalah cari alternatif lain. Asalkan ada orang jaga kereta dengan OK, selamat semuanya. Tiket feri tu warna putih line hijau, Bluewater Express. Yang lain2 tu tiket taman laut dan sticker Sun Beach Resort. ;)

Lepas jer bayar parking, kami bergegas dengan beg pakaian + beg kamera, tergesa-gesa ke kaunter Sun Beach Resort untuk mengambil tiket feri. Yang bestnya, kerani di kaunter tu sempat hulur suratkhabar pada hari tersebut bertarikh 28 April 2013 dan minta kami serahkan kepada salah seorang pekerja di Sun Beach Resort, Tioman! Aittt?..Aha..anggap jelah ini bantuan dengan hati yang terbuka. Apa salahnya bantu-membantu antara satu sama lainkan? Tapi cuba kalau diminta tolong bawakan periuk nasi, microwave, skrin lcd? Mahunya kami terpaksa reconsider. hihihi... 0_0

Setelah selesai urusan di kaunter SBR, maka kami bergegas pula ke jeti Mersing, hanya beberapa tapak kaki langkah saja ke situ. Keadaan di situ telah mula menunjukkan betapa ramainya pelancong asing dan dalam negara yang jakun belum pernah pergi ke Tioman atau return semula macam kami berdua ni? hihihi..masing-masing dengan kerenah sendiri ketika itu. Ada yang dah siap-siap pakai ala-ala baju tepi pantai gitu dengan hat (topi) yang konon-kononnya macam Lady D la pulak. Ish..:p
Tak kurang juga bag packers yang kebiasaannya terdiri dari kalangan warga Eropah. Kadang-kadang mereka ini tinggal beberapa hari di Resort A, kemudian ke Resort B, C dan seterusnya. Begitulah cara mereka travel.

 Pemandangan ni memang biasa di Jeti Mersing. Berpusu-pusu manusia beratur menunggu turn nak masuk perut feri. Nak datang sini biar awal, so dapat cop tempat duduk tepi tingkap.

Ok, sedikit nasihat dari saya bagi anda yang ingin bercuti ke Pulau Tioman dan menaiki feri dari Jeti Mersing ini, datanglah awal bagi mengelakkan ketidakselesaan dari mengalami kejadian seperti gambar di atas tu. Maklumlah, tempat ni public, kalau bawa orang-orang tua tu, biarlah mereka tu dapat tempat duduk dan dapat naik feri tanpa tergesel sana-sini. Utamakan orang lebih tua dari kita yer!

Ok..apa kata kita ikuti episod seterusnya pula. Pulau Tioman 2013 Part 4: Sun Beach Resort, kami datang! 0_0 Atau patah balik Part 2

Share:

2 comments:

  1. Salam semua sahabat sekalian jika tuan puan ingin tiket feri boleh membeli melalui saya. saya menjual tiket feri..

    www.wanpulautioman.com / www.percutianpulautioman.blogspot.com

    terima kasih pemilik blog ini www.cubitsanasini.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam..orait wan! Terima kasih atas info anda. Dah rindu nak ke tioman semula. ;)

      Delete