Saturday, June 15, 2013

Pulau Tioman 2013 Part 1: Sun Beach Resort, kami datang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog Cubit Sana Cubit Sini, Ouch! ;) Cubit peha kiri, peha kanan turut terasa, begitulah agaknya yang dapat digambarkan kehidupan pasangan comel seperti kami ini. Apakan tidaknya, saya dan juga isteri mempunyai minat yang sama iaitu melancong. Tapi kalau mengikut originaliti idea, sayalah sebenarnya yang selalu mengutarakan idea nak ke mana kita tahun ini, nak ke pulau mana kita tahun ini, nak stay kat resort mana dan sebagainya. Sambil saya berborak-borak dengan isteri tercinta mengenai idea 'original' saya kepadanya semakin dia kadang-kadang menunjukkan riak wajah naik rimas dibuatnya ketika itu. Manakan tidak, orang seperti saya ini yang begitu mencurah-curah idea tentang aktiviti pengembaraan bermula, seringkali menggunakan khidmat Google untuk mengintip dan mengintai peluang untuk bercuti buat kami berdua. Ya! Memang saya expert dalam hal mengGoogle percutian di Malaysia. Tapi malangnya, idea tersebut hanya di alam maya sahaja, dan isteri saya pula yang selalu merealisasikan idea 'janji dicapati' tersebut. Hehehe...alamak, kan dah kena cubit dengan sang isteri! Ouch!!!

Jadi, untuk tahun 2013 ini kami telah merancang untuk kembali ke Pulau Tioman buat kali yang keduanya. Pada tahun lepas kami telah pergi ke mari, sila rujuk link ini untuk mengetahui entri kami yang lalu. Ok, seperti biasa saya dan Apple tidak dapat dipisahkan walau di rumah sekalipun, mesti nak berkepit juga walau di hadapan TV! Naik rimas sang isteri dibuatnya, manakan tidak, komputer jenama buah-buahan yang dikepitnya ke sana ke mari. Janganlah marah sayang, tuntutan kerja memang begitu, ada kalanya langsung tak sentuh pc. Hehehe.. ;)

Ok, kembali ke percutian kami. Setelah mengGoogle beberapa tempat penginapan ataupun resort yang terdapat di sekitar Pulau Tioman, isteri saya telah menyarankan agar kami menginap di Paya Beach Resort di Kampung Paya pula kali ini. Berbanding dengan tempat resort kami pergi tahun lepas iaitu Panuba Inn Resort yang memakan masa dua jam perjalanan menaiki bot Blue Water Bistari, Paya Beach Resort mengambil masa kira-kira satu setengah jam untuk sampai dan merupakan hentian kedua selepas Kampung Genting. Kami pun agak-agak macam dah suka pada tempat ni oleh kerana tak perlu panas punggung terlalu lama dalam bot. Rujuk peta Pulau Tioman di bawah ini:
 Sumber imej daripada Tioman Paya Resort

Selain daripada itu apa yang mencuri pandangan isteri saya mengenai Paya Beach Resort ini ialah Guest Room yang cantik dan kemas melalui apa yang dipandangnya menerusi laman web resort tersebut. Mula-mulanya dia merancang untuk stay di Standard Room - Aman Damai Wing, mengadap bukit, sejuk sikit kononnya! ;p Tapi saya memilih bilik Superior dan akhirnya kami bersetuju untuk bilik Superior itu. Sila rujuk gambar di bawah:

Kononnya sejuklah mengadap bukitkan, tak jugak, cuba off air-con, mandi peluh dibuatnya. :p

saya pula pilih room superior ini. :p

Selain daripada review pengunjung-pengunjung lain yang pernah menginap di sini, isteri saya juga sempat menelek dan menelaah beberapa blog mengenai keenakan makanan yang terdapat di Paya Beach Resort. Biasalahkan, mana-mana resort pun mesti ada BBQ night dalam pakej penginapan mereka. Barulah lebih bermakna dan benar-benar mengikuti cita rasa terhadap para pengunjung!

Setelah melihat gambar ini, terus terpengaruh yer! ;) tapi review pengunjung yang dah pernah ke sini mengatakan sedap makanan di sini. Jadi tak salahlah kalau terpengaruhkan! :p

Maka setelah kami berdua bersetuju untuk menginap di sini, isteri saya pun mengajak beberapa orang rakan sekerjanya di pejabat untuk sama-sama berlibur dan merehatkan diri di sini. Tetapi...pada kali ini saya agak kurang bersetuju oleh kerana pada waktu kali pertama ke Tioman sekitar 2012 dahulu, kami telah pergi dengan sepasang rakan sekerjanya yang baru mendirikan rumah tangga. Untuk kali ini saya beranggapan elok kami sahaja pergi berdua dan rasai sendiri bagaimana feeling sebagai suami isteri keluar dating di pulau untuk 3 hari 2 malam. :)

Akhirnya setelah melalui proses undian yang sah, saya bersetuju juga dan terus buat proses booking keesokan harinya. Tetapi alangkah terkejutnya saya kerana untuk booking kita perlu bayar 100% kepada resort dan bukannya bayar deposit terlebih dahulu! Maka disebabkan hal ini, kami berasa agak sedikit gusar untuk meneruskan niat suci ini. Maka kami telah sebulat suara akhirnya jua agar terpaksa melupakan hasrat ini.

Antara emel saya dan Paya Beach yang dah setuju nak travel on that date

Maka setelah melihat kena bayar full payment, rakan-rakan yang lain ada yang tidak bersetuju dan mengatakan tak secure dan macam-macam lagi. Tapi kita kena menjaga hati mereka agar tidak berkecil hati. ;)

Jadi, oleh kerana pelbagai perkara yang timbul sana-sini, kami mengambil keputusan untuk tidak ke Paya Beach Resort kali ini. Kami juga perlu menjaga hati yang lain-lain dan sememangnya nak travel sama-sama untuk menambahkan lagi keriangan di pulau tioman kemudiannya. Manalah tahu, ada rezeki akan datang, kita dapat travel bersama-sama dan mencipta kenangan indah at the FUTURE! :-)
Ok, continue to part 2-> SUN BEACH RESORT, KAMI DATANG PART 2.


Share:

0 comments:

Post a Comment