Sunday, November 27, 2016

Family time di Legoland, Johor Bahru

Assalamualaikum..salam sejahtera kawan-kawan semua yang masih sudi berdamping di blog penulis ketika ini. (: Diharapkan u olls semua berada di bawah lindungan-Nya dan berterusan meningkatkan keimanan dan ketakwaan dalam diri kalian. Penulis sentiasa mendoakan kesihatan semua agar dalam keadaan sihat walafiat, masih lagi kuat untuk bekerja, dan dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah..kali ini penulis ingin berkongsi sikitlah cerita mengenai pengisian masa bersama keluarga tercinta. Kerana dah lama juga tak muatnaik cerita yang berkaitan.

Hari sabtu yang lalu, 27 November 2016, penulis bersama isteri dan anak berkesempatan meluangkan sedikit masa berjalan ke Legoland untuk kesekian kalinya, al-maklum kami menetap di Johor Bahru. Kali ini kita mahu test Ninja Go The Ride. Tak perlu nak basah kuyup kat waterpark macam sebelum ni. ;) Setibanya di Legoland, kawasan parking masih belum penuh lagi dengan kereta. Amat tidak sukar untuk dapatkan parking berdekatan dengan pagar. Best!! Si kecik comel memang sentiasa nak pergi berjalan kat Legoland aje.

Apakan tidak, kalau ayahnya ambil anak di rumah pengasuh lepas balik kerja, si anak pasti akan menjeling pandang ke taman permainan seraya berkata "ayah, nak main tu". Erm..ayah akan cakap "dah agak buruk taman permainan tu, tak best. Legoland lagi best..nanti kita pergi Legoland eh!" Si anak pulak tak mahu mengalah, taman permainan pun jadilah..asal dapat main di kawasan lapang. Ibu Bapa mana yang rasa tak bersalah kalau asyik berjanji dengan anak nak pergi sesuatu tempat tapi masih tak tepati janji. Alahai..sudah pasti perasaan itu akan muncul setiap kali anak minta sebegitu perkara. Jadinya Alisha Safiya..kita pergi lagi ke Legoland yer! :)



Gambar waktu 1st quarter 2016. Kami anak-beranak jalan-jalan dalam theme park dulu. ;)

Naik bot pun Alisha melalak. Mak dah kaget time ni, tapi cuba maintain jer. Tengok Lego movie 4D pun boleh tahan juga. Dekat USS lagi best sikit rasanya tengok shrek 4D. Entahlah..sama jer kot. Sebab boleh tengok ulangkali boleh jadi bosan.


Best jugalah naik Ninja Go The Ride. Anak kami umur 2 tahun lebih pun boleh naik juga. Nak tembak musuh pakai tangan kosong jer sebab ada sensor yang detect pergerakan tangan. Fuh..macam-macam skill keluar, ultraman, batman, semua skill kena keluarkan time ni..hehehe..kalau naik Transformers The Ride Evac kat USS tu takdelah tembak menembak sendiri. Korang naik ride tapi rasa nak terbang dan tercampak pun ada. ;) Jadi kami pun belilah foto picture air yang tertera di skrin tv setelah turun dari Ninja Go Ride. RM 60 dapat 2 keping gambar dengan frame yang sama. Bolehlah..cashier tu kata, kalau nak frame atau aksi berlainan boleh naik lagi..hihi, takpelah, kita nak berjalan-jalan ke tempat lain pula. Ada masa lagi nanti, naiklah puas-puas. Insha Allah..

Menariknya dekat Legoland Nusajaya ni sebab bukan sahaja ada Taman Tema Lego, tapi Taman Tema Air pun ada. Jadi kalau yang ada pas tahunan tu bolehlah masuk kedua-dua tempat yang best ni sebab boleh enjoy main macam-macam kat dalam Legoland sampai rasa bosan. Kadang-kadang nak pergi tempat macam ni kena pergi Sunway Lagoon, Singapura, nah sekarang ni kedua-dua taman tema dalam satu tempat. Sangat memudahkan. Kalau ada installation mainan baru, kenalah tunggu sampai siap macam Ninja Go tu.

Cuma penulis rasakan kalau Legoland ni buat satu bentuk diskaun untuk orang yang ada anak ramai ni bagus juga. Kalau setiap sorang nak bayar dua ratus lebih dan ada 5 orang anak dah seribu lebih kena keluar duit untuk annual pass. Dengar macam sikit sebab setahun, tapi kalau bagi lagi diskaun gerenti parking penuh sampai kat Medini Mall. hehe..tapi ramai sangat pun boleh jadi bosan nak menunggu turn untuk main yer dak?

Oklah..sampai sini sahaja coretan untuk kali ini, kita sambung lagi dalam posting terbaru akan datang. Insha Allah..

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over

Share:

Saturday, November 26, 2016

Recording & Mixing

Assalamualaikum..apa khabar semua para pengunjung blog yang masih setia berdamping dengan blog penulis ketika ini. (: Diharapkan anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Kali ini penulis ingin share cerita mengenai rakaman dan mixing yang pernah dilakukan sebelum ini di studio bersama kawan-kawan dari jabatan lain dalam UTM. Kehadiran mereka sangatlah dihargai oleh penulis ketika itu kerana memang teringin bangat nak buat recording & mixing. Maklumlah, dah ada audio interface, preamp, EQ, reverb dsb dalam studio ni, mengapa tak dicuba untuk buat rakaman muzik, ye tak? Mana tau satu hari nanti boleh pula jalankan rakaman lebih dari dua track. Kepingin penulis dibuatnya untuk buat lebih dan lebih lagi dalam recording & mixing. Dah biasa rakam voice over orang lain, suara sendiri, mesti nak buat kerja yang lagi advance! Tambahkan skill, mantapkan diri!!



Penulis memanggil dua orang kawan untuk jalankan recording session, seorang main cajoon, seorang lagi main acoustic electric guitar. Kedua-duanya memang music literate. Penulis dah pesan lebih awal dengan yang main cajoon tu supaya bawa kabel XLR lebih sebab dalam studio ni memang kekurangan kabel XLR, maklum sajalah kegunaannya belum ke tahap bikin hits!. Selain dari itu, beliau juga bawa 2 mic untuk cajoon. Satu di bahagian depan satu lagi di bahagian belakang. Sementara acoustic electric guitar menggunakan TRS kabel untuk disambung kepada Aphex Preamp. Bukan direct cucuk kabel ke Audio Interface yer kawan-kawan! Penulis sendiri dah banyak kali bagitahu bahawa sound yang terhasil dari Audio Interface tidak menjanjikan bunyi yang mantap. Maksudnya tiada color, warm, saturation, yang boleh membuatkan bunyi tersebut jadi lebih sedap ketika waktu recording. Perlu ada satu lagi unit yang memantapkan lagi sound dari Audio Interface tersebut iaitu external preamp. Mana-mana Sound Engineer pun boleh agree pasal hal ini. Mereka akan kata dapatkan mic yang bagus, preamp juga yang bagus.

DAW yang digunakan adalah Logic Pro X sementara FX unit (in the box) yang digunakan pula adalah bonus download free dari Focusrite punya website sebab penulis adalah pengguna Focusrite Scarlett 18i20. Kadang-kadang setiap bulan ada offer yang nak dibagi percuma, kita pun downloadlah. Untuk EQ penulis gunakan Surfer EQ dari Sound Radix sementara Reverb pula dari Eventide 2016 Stereo Room. Compressor masih stok plugin Logic Pro X. Powerful juga walaupun stok plugin kay!

Okay, dengarkanlah dulu sample recording tersebut dengan dua instrumen. Akan datang penulis akan cuba untuk buat lebih advanced kalau ada yang sudi nak buat recording session.

p/s: rasa macam nak panggil baskers buat recording dalam studio. huh!

Wassalam..
Jeffri Rahman
Cinematographer | Producer | Voice over
Share:

Thursday, November 17, 2016

Kini Semua Orang Boleh Jadi Selebriti...tak percaya ke?

Assalamualaikum..apa khabar semua para pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap u olls semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Kali ini penulis ingin lari sikit daripada topik kebiasaan dalam blog ini. Kerana dari pemerhatian penulis terhadap penggunaan media sosial dengan kerap, penulis dapati ada perkara yang menarik boleh dikongsikan bersama u olls semua. Yer..itulah dia faktor WOW orang yang biasa-biasa bukan selebriti, tetapi mampu jadi popular seperti selebriti terkenal tanahair. Dalam masa yang singkat dah boleh jadi famous ngetop! Kenapa agaknya? Macam mana dia boleh dapat faktor WOW seperti selebriti sedangkan evolusi cara manusia berkomunikasi mengambil masa yang begitu lama untuk membangun dan berkembang maju sehingga menjadi kompleks dan semakin moden seperti sekarang ini. Apakah rahasia di sebalik semuanya ini.

Sejarah Media Sosial: Dulu dan Sekarang
Kewujudan media sosial telah lama berakar umbi dalam kehidupan manusia secara umumnya. Walaupun laman atau apps yang popular seperti facebook kedengaran seolah-olah trend baharu, ia adalah kesan secara langsung perkembangan media sosial sejak berabad lamanya.

Media Sosial Sebelum Tahun 1900
Kaedah terawal komunikasi pada jarak yang jauh adalah mengutuskan surat secara serahan tangan dari seorang ke seorang yang lain. Bentuk perkhidmatan pos terawal ini telah bermula sekitar 550 B.C. yang lalu dan sistem penghantaran ini akan berkembang lebih meluas lagi dan diselaras pada masa-masa akan datang.

Ericsson Telegraf: Sumber dari Wikimedia

Pada tahun 1792 pula, telegraf telah dicipta dan ini membolehkan pesanan dihantar melangkaui jarak yang jauh dan lebih cepat berbanding menunggang kuda dan penunggang yang membawa pesanan tersebut. Walaupun pesanan telegraf adalah pendek, ia merupakan suatu revolusi dalam penyampaian maklumat dan berita.
 
Tube Post: Sumber dari Smithsonian National Postal Museum 

Satu lagi keadah komunikasi yang pernah dibangunkan pada tahun 1865 dahulu ialah pneumatic post atau tube post. Ia merupakan cara atau kaedah lain untuk menghantar surat dengan cepat kepada penerima. Kaedah tube post ini menggunakan tiub bertekanan udara bawah tanah  untuk membawa kapsul dari satu tempat ke tempat yang lain.



Pneumatic Mail: Sumber dari Dailymail.co.uk

Terdapat dua penemuan penting bersejarah pada akhir dekad 1800 iaitu telefon (1890) dan radio
(1891). Kedua dua peralatan tersebut masih digunakan lagi hinggalah sekarang dan ianya semakin canggih hari demi hari selaras dengan perubahan teknologi yang semakin pesat. Talian telefon dan isyarat radio membolehkan manusia berkomunikasi serentak merentas benua, sesuatu yang tidak pernah dialami sebelum ini.


Media Sosial Abad ke 20
Teknologi mula berubah dengan begitu pesat pada abad ke 20 setelah superkomputer pertama dicipta pada tahun 1940 di mana saintis dan jurutera mula membangunkan kaedah bagaimana komputer boleh dirangkaikan antara satu sama lain sehingga kemudiannya lahirlah internet.

Antara nama besar terawal dalam rangaian internet ialah CompuServe yang dibangunkan pada tahun 1960an. Emel juga dibangunkan pada tahun tersebut. Pada tahun 70an pula telah menampakkan peningkatan dalam rangkaian komputer lalu pada tahun 1979, UseNet membolehkan pengguna untuk berkomunikasi melalui berita secara maya. Manakala pada tahun 80an penggunaan komputer di rumah semakin menjadi kebiasaan dan media sosial jadi semakin kompleks. Internet relay chats atau IRC mula digunakan kali pertama pada tahun 1988 dan berterusan popular hinggalah tahun 90an.

Laman media sosial pertama dikenali ialah Six Degrees yang dibangunkan pada tahun 1997 dengan membolehkan pengguna untuk memuat naik profail dan berkawan dengan pengguna lain. Dan pada tahun 1999, laman blogging pertama iaitu Blogger menjadi popular lalu membuatkannya jadi semakin sensasi sehinggalah ke hari ini.


Blog pertama di internet: Sumber daripada Guff.com


Emel pertama dihantar di internet: Sumber daripada Guff.com

Video pertama di Youtube. Sekarang dah jadi billionaire! Sumber daripada: Guff.com



Sixdegrees merupakan media sosial online pertama dunia: Sumber dari Guff.com

Media Sosial Pada Hari Ini

Penggunaan media sosial semakin popular di kalangan masyarakat selepas penemuan blog suatu ketika dahulu. Antara laman sesawang yang mula terkenal pada awal tahun 2000 adalah seperti LinkedIn dan MySpace berserta Photobucket dan Flickr yang memberi kemudahan foto sharing secara online. Kemudian pada tahun 2005, Youtube pula membawa perubahan besar dalam dunia internet melalui cara manusia berkomunikasi dengan berkongsi video secara online  antara satu sama lain tidak kira di mana jua anda berada.

Terkait dengan hal itu, muncullah pula Facebook dan Twitter pada tahun 2006 kepada seluruh pengguna di pelosok dunia dan berterusan popularitinya hinggalah ke saat ini. Antara laman sesawang lain yang turut tumbuh bak cendawan rentetan daripada kemunculan kedua-dua media sosial tersebut adalah seperti Tumblr, Spotify, Foursquare dan Pinterest. Setiap laman sesawang tersebut ada fungsi spesifik kepada pengguna sasaran mereka.

Akhirnya, pada hari ini terdapat pelbagai laman media sosial yang boleh dirangkaikan secara silang platform bagi memudahkan pengguna untuk membuat posting terbaru tanpa perlu mengupdate status pada setiap platform yang tersebut, lantas dapat memaksimumkan jumlah pengguna di serata dunia. Kita sendiri tidak ada jawapan tepat apakah masa depan media sosial pada dekad atau abad akan datang. Akan tetapi  amat jelas sekali kewujudan media sosial ini akan berterusan selagi manusia masih hidup di muka bumi ini.

Pengaruh media sosial dalam kehidupan seharian

Jadi, setelah anda fahami bahawa evolusi komunikasi mengambil masa yang begitu lama untuk membangun dan berkembang maju seperti apa yang ada sekarang ini. Tanpa adanya masalah  berkenaan cara untuk mengirim pesanan kepada individu yang lain di satu lokasi yang lain suatu ketika dahulu, tidak mungkin teknologi yang kita ada sekarang ini wujud bagi memudahkan komunikasi jarak jauh jadi dekat antara satu sama lain. Tidak mungkin akan ada pengguna media sosial dari kalangan orang-orang biasa tapi mampu untuk kelihatan luar biasa dengan adanya media sosial. Segalanya nampak dipermudahkan. 

Tetapi setelah adanya bentuk media sosial yang pelbagai sekarang ini dengan berjuta pengguna di serata dunia, bagaimana kita mampu mengawal mereka dari mengeluarkan atau muatnaik status yang bersifat kotor, jijik, boleh membawa kepada perpecahan kaum dan sebagainya. Ianya memberikan gambaran bahawa siapa yang dapat banyak "Like" dia akan viral dalam media sosial dengan sekelip mata. Berbeza dengan zaman dahulu.

Di zaman serba moden dan canggih ini, nampaknya hampir kebanyakkan manusia mempunyai smartphone untuk tujuan komunikasi yang pelbagai. Tidak kira di mana anda berjalan di pelusuk dunia ini, sudah pasti akan terjumpa manusia dengan gajetnya yang terdiri dari pelbagai jenama barangan elektronik. Dengan menggunakan gajet itulah mereka menggunakan apps seperti instagram, facebook, dsb. untuk berkongsi cerita di mana saja mereka berada waima di dalam tandas sekalipun! Aneh sungguh manusia zaman sekarang. Walhal tandas adalah tempat untuk melepaskan najis kecil dan besar maka di situlah tempatnya juga untuk 'berselfie' depan cermin besar dalam tandas tersebut.






Abad ke 21 menjanjikan perkara tebaik dalam kehidupan iaitu selfie dalam toilet: Sumber dari Strongmindbraveheart.com

Sumber imej dari: Cyberhaktivist


Masalah kesihatan akibat penggunaan smartphone dengan kerap: Sumber dari: Thewindowsclub.com

Lebih menyedihkan lagi ialah apabila adanya sekumpulan manusia keluar untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam, masing-masing akan mengeluarkan smartphone dari poket atau beg tangan mereka dan kemudian senyaplah beberapa ketika tempat duduk mereka itu ibarat dalam dewan peperiksaan. Apabila yang ambil pesan makanan itu sampai di meja mereka barulah hidup semula suasana seperti manusia biasa. Kemudian senyap kembali. Lalu kemudiannya apabila makanan telah sampai pula ke meja makan, perkara pertama yang dilakukan adalah untuk mengambil foto makanan tersebut, selfie atau wefie bersama teman-teman, lalu dikongsikan cerita tersebut di serata dunia. Kalau dapat banyak 'Like' lagilah galak berkongsi cerita kemudiannya! Dan perkara ini boleh berlaku bukan sahaja di kalangan orang-orang kenamaan public seperti artis atau menteri, bahkan orang-orang biasa kini telah menjadi lebih popular dari mereka. Hanya dengan update status yang bukan-bukan, berkongsi cerita dari sumber yang tidak tahu sahihnya maklumat tersebut, nah..dia sekarang jadi popular kerana kedunguannya sendiri. Dialah sensation ketika itu.


Something, somewhere went terribly wrong: Sumber dari sinz.org


Apakah sebenarnya tools yang digunapakai dalam era komunikasi digital ini sebenarnya suatu bahan yang memperbodohkan diri sendiri atau membijakpandaikan individu tersebut? Walaupun pada hakikatnya terdapat pelbagai jawapan yang positif dan negatif, tetapi yang pasti dengan evolusi komunikasi dari kaedah kuno dahulu hinggalah ke arah pemodenan sekarang ini, perkara penting yang dapat kita ambil pelajaran ialah, betapa mudahnya untuk berkomunikasi dengan lebih cepat dan dipermudahkan merentas benua tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menggunakannya. Dengannya, manusia mendefinasikan kepelbagaian penggunaan peralatan komunikasi tersebut jadi lebih bermakna dalam diri mereka. Tidak akan ada manusia dari golongan biasa-biasa yang boleh jadi popular lebih dari artis tanpa evolusi komunikasi. Tidak akan ada jutawan-jutawan industri komunikasi seperti adanya sekarang ini. Tidak akan ada tinggi di pencakar langit menara telekomunikasi megah berdiri membelah langit dan halilintar. Kini semua orang boleh jadi selebriti terkenal dengan definasi mereka tersendiri dengan pengertian apa yang mereka fahami tentang apa itu evolusi komunikasi?


Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over


Share:

Thursday, November 10, 2016

Cerita pasal beli karipap pusing daging dari FB

Assalamualaikum...apa khabar semua para pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my? Penulis harap u olls semua dalam keadaan sihat walafiat. Untuk posting kali ini penulis cuba untuk lari sedikit dari topik kebiasaan kerja, cuti, audio & video, di mana kali ini nak kongsi sikit cerita pasal beli karipap pusing daging jumbo yang sedap dan manthop! Terbaek yow!!



Saiznya yang besar, isinya pula padat, manakan tidak penulis order 5 bungkus! ;)

Begini ceritanya...kebetulan dah lama penulis tak makan karipap pusing dan teringinlah pula nak makan, tapi tak tahu nak cari atau beli kat mana. Bertanya juga pada si isteri, katanya nanti dia tanyakan dalam group whatsapp/fb dia. Erm..penulis fikir takpalah, cuba cari dulu dalam fb atau instagram mana tahu kot2 ada. Dalam media sosial online memang ada yang berniaga karipap pusing ni tapi biasalahkan..kita bukannya dapat merasa waktu tu juga, kena beli dulu baru tau rasa sedap atau tak. Lagi satu, kalau ada testimoni dari customer yang pernah beli memang kadang-kadang kita tak teragak-agak untuk membeli. Itu yang menariknya!

Oleh kerana teringin sangat nak makan karipap pusing daging, maka penulis pun orderlah dari seorang peniaga dari FB. Selak punya selak foto kat FB dia, erm..macam menarik! Sekali tengok harga RM 9 = 10 pcs. Boleh tahan juga harga tu. Jadi penulis buat keputusan untuk beli 3 bungkus karipap pusing daging dan 2 bungkus karipap sardin. Harga karipap sardin ialah RM 8 sebungkus. Dan yang best sekali ialah karipap2 tersebut datangnya dari Muar dan akan delivery pada setiap bulan ke serata JB. Kena cas RM 6 delivery service. Itupun jumpa kat Petronas Jalan Skudai-Pontian.

Testimoni yang sangat bagus dari customer. Delivery pula sebulan
sekali dari Muar. Huhu..sedih..kena beli banyak sikit kalau nak tunggu
sampai bulan depan. Tapi peti sejuk kat rumah bukan boleh simpan
banyak2 pun..uwaaa!! :( :(

Yang menariknya mengenai karipap pusing daging ni ialah, saiznya yang besar, kulit pun tebal sebagaimana inti di dalamnya juga tebal dan berisi. Pusaran pada surface karipap tersebut amatlah molek. Begitu juga dengan kelim karipap yang kemas dan teratur. Agak sukar untuk mencari dan  mendapatkan karipap saiz jumbo ini dengan rasanya yang sedap dan lazat. Ternyata tidak rugi penulis keluar duit sebanyak RM49.00 untuk beli 5 peket karipap daripada peniaga tersebut. Rujuk foto di atas.

Nampak tu, molekkan bentuk karipap pusing daging ni? Kan..kan..


Nak dipendekkan cerita, penulis pun menggoreng empat keping karipap bagi mencuba rasa sedap atau tak seperti mana dalam testimoni fb milik peniaga tersebut. Mula-mula penulis keluarkan dulu karipap ni dari fridge bagi nyahbeku untuk sementara waktu. Buatlah sikit kerja-kerja rumah yang berkaitan, cuci pinggan, susun pinggan dalam rak, buang sampah dulu dan sewaktu dengannya. Dekat sejam lebih kemudian barulah menggoreng. Dengan api yang kecil, hasilnya amat molek dan masak dengan keseluruhannya sekata dan tidaklah hangus. Alhamdulillah..pesan mak penulis begitu, api biar kecil supaya masak dengan molek. ;) Tak payah tergopoh-gapah nak memasak ni. Nanti tak jadi, rugi aje duitkan? Huhu..dan huhu.. :)
Asalnya empat keping, tapi dah makan satu. Erm..dah tak sabar dah! ;)

 Plastik yang cover karipap ni pun tebal dan berkualiti. Tahanlah lama sikit masuk fridge nanti. (Sebelah kiri karipap pusing daging, sebelah kanan karipap sardin)

Wah..dah siap goreng 2 keping terus amek gambo. Gebu sungguh mika berdua!

Eh..dah ada kesan gigitan pula ke? Erm..erm..janganlah salahkan penulis, dah lapar dah ni. ;)

Aha..tengok tu pusaran pada surface karipap tu. Molekkan? Rangup tau!

Jadi..apa yang boleh penulis rumuskan di sini berkaitan karipap yang dibeli ini ialah, rasanya sedap, intinya padat, di luar pula kulitnya rangup, sekali menggigit pasti nak teruskan gigit lagi sampai habis. Tak rugi membelinya. Cuma..anda perlu order terlebih dahulu dengan peniaga tersebut kerana delivery akan dilakukan sebulan sekali di sekitar Johor Bahru. Kerana yang menghantarnya datang dari Muar. Cubalah cari user fb tersebut di facebooknya jika ingin membuat pesanan. Kalau dah search dalam fb tak jumpa juga, bolehlah pm tepi penulis pada ruang komen di bawah ini.

Majulah karipap pusing untuk negara!! ;) 

Wasaslam..

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over

Share: