Thursday, October 27, 2016

FX unit Lexicon PCM91, PCM 81, DBX2031, Aphex Channel Master, Focusrite Scarlett 18i20, Neumann TLM 193


This is only a vocal sample okay! I am not a singer. But I do recording & mixing. Thank you. :)

Assalamualaikum..apa khabar semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap you alls semua dalam keadaan yang baik dan sihat. Kali ini penulis ingin berkongsi info berkenaan rakaman suara dengan menggunakan FX unit seperti yang tertera pada tajuk dan perenggan di atas. Rasanya dah lama penulis tak berkongsi info berkaitan audio recording. Kerana kebanyakkan cerita yang penulis kongsikan adalah berkisar cuti family day, sibuk buat kerja itu ini, bakat dan kenaikan pangkat dan pelbagai lagilah. Kesibukan di kala ini adalah editing voice over Guru-guru Bahasa Inggeris dari MYLINE, UTM. Mereka punya tajuk voice over didatangkan dengan pelbagai set 5, 6, 7, 8, 9, 10. Setiap satu set ada macam-macam tajuk. Rakaman voice over mereka adalah untuk support MUET di kalangan pelajar UTM. Penulis amat sanjungi usaha murni mereka ini. Jarang sekali penulis menolak untuk buat recording session bersama mereka. Apatah lagi suatu ketika dahulu pejabat kami dan pejabat mereka di bawah bumbung yang sama. Apabila mereka semakin berkembang maju, maka mereka pun pindah ke pejabat sendiri. Tak jauh pun, tingkat bawah jer. thehehe..;)

Oleh kerana penulis telahpun merakam vokal ini di suatu ketika dahulu sewaktu awal pindah ke bilik rakaman audio, rasanya sudah tiba masa untuk berkongsi tentang kelebihan FX unit tersebut walaupun suara penulis tidaklah sesedap mana pun. Hanya sekadar melepas batuk di tangga. ;) Signal chain di antara hardware tersebut begini.

Oh ya..sebelum terlupa, rakaman suara tersebut menggunakan DAW jenama Adobe Audition CC.  Sementara efek menggunakan outboard gear seperti yang tertera pada tajuk dan juga perenggan di bawah ini. Selain dari Audition CC, penulis juga gemar menggunakan Logic Pro X.

Sambungan Kabel antara audio interface dan FX unit
Mic sambung kepada input Aphex Channel Preamp dengan kabel XLR. Output preamp disambung kepada audio interface iaitu Scarlett18i20 pada input 1 menggunakan kabel TRS. Kemudian terdapat Send and Return port pada belakang Aphex preamp. Cucuk kabel TRS pada Send dan hantar ke input port DBX 2031 EQ. Sambungkan TRS kabel di Return port pada Aphex preamp dan hantar ke output port DBX EQ. Kedua-dua unit ini akan beroperasi antara satu sama lain dan anda hanya perlu ubahsuai tahap bunyi yang dirasakan sedap dan ada umpph!



Aphex Channel Master dan DBX 2031 EQ. Dalam rack mounted.

Untuk PCM 91, penulis guna kabel RCA audio untuk buat sambungan antara Scarlett 18i20 dan PCM 91. Walaupun tak berapa quality, tapi penulis mahu test terlebih dahulu kerana signal yang dihantar adalah stereo. Pada unit PCM 81 pula penulis gunakan kabel TRS untuk buat sambungan antara Scarlett 18i20 dan PCM 81. Yang ini memang confirm signal lebih berkualiti berbanding RCA tadi. Apabila kesemua kabel-kabel tersebut telah dipasang, masih ada satu lagi step yang perlu dilakukan dalam sistem komputer anda, iaitu routing signal yang betul untuk dihantar kepada DAW (Digital Audio Workstation) bagi membolehkan ketiga-tiga FX unit tersebut dapat digunakan sewaktu rakaman. Oleh kerana penulis menggunakan audio interface jenama Focusrite Scarlett 18i20, ianya didatangkan bersama Mixcontrol software bagi kendalikan tugas ini. Kalau step yang ini gagal, maka tak akan keluar bunyi FX tersebut ketika rakaman. Bunyi agak keras tapi itulah caranya. Manakan tidak, untuk dengar semula audio dari Scarlett 18i20 dengan menggunakan headphone, anda masih perlu buat routing signal yang betul dalam Mix control. Kalau tak, langsung tak keluar bunyi kat headphone! Waktu awal pembelian scarlett 18i20 ni sampai ofis jadi jakun yer. Install dulu Mix control dan Logic Pro X, lepas tu buat connection tapi tak berjaya. Mesej yang dipaparkan oleh scarlett 18i20 di monitor Mac penulis ini agak menyedihkan. Walaupun dah pasang kabel usb dari scarlett18i20 kepada Mac, tapi led USB ACTIVE tak menyala. Panggil semula member yang jadi supplier tengok-tengokkan keadaan. Penyelesaiannya mudah jer. Offkan dulu Scarlett18i20 dan buatlah sambungan kabel antara interface dan Mac, kemudian tekan semula button on pada Scarlett18i20. Eh..menyala pulak led USB ACTIVE tu..*&*(^*(&(& betul! (thehehe) kome dahsyat arr! terbaek!!


Legendary Lexicon Reverb PCM91 dalam mounted rack. Tapi sayang, PCM81 dahpun rosak, nampak tu error message 'E7' bukan kord gitar E7 tu ye!

Apabila kita telah setting laluan signal dengan betul pada Mixcontrol barulah boleh mula rakaman dengan Logic Pro X. Sedap pun bunyinya..dah memang taraf profesional punya equipment cuma tak cukup channel, ada 8 aje. Hahahaha!!

Dapatkan setting Reverb dari PCM 91 dan FX processor dari PCM 81
Sebenarnya perkara ini terlalu subjektif untuk diberikan jawapan atau statement secara tepat. Kerana masing-masing punyai citarasa pendengaran berbeza bagi setiap manusia. Ada yang suka bunyinya begini, ada yang suka bunyinya begitu. Terpulang. Tidak ada jawapan yang tepat. Asalkan vokal yang terhasil tidak terlalu duduk ke belakang atau tenggelam dalam mixing.

Sebagai contoh unit PCM 91 sendiri mempunyai 450 FX Reverb yang berkualiti tinggi. Antaranya ialah halls, rooms, plates yang mempunyai sub menu sangat banyak di dalamnya. Jadi bagaimana kita ingin tahu yang mana satu bunyi yang sesuai dan sedap dengan vokal kita? Besar soalan tu, tapi jawapan saya ialah apabila kita dah latih telinga untuk mendengar bunyi dengan baik dan punyai pengalaman teknikal yang mencukupi dalam rakaman audio, maka tidak mustahil kita hanya perlu putar knob tersebut tanpa ada rasa stress untuk produce sound yang baik. Contohnya efek Plates: Vocal: Bright Vox. Reverb yang terhasil pada vokal sangat jelas dan nyaring. Lagi satu ialah Plates: Custom: MonoOrStereo. Reverb yang terhasil juga amat jelas dan merebak tapi perlu dicontrol Mix agar tidak terlalu Wet. Maksudnya dengan amaun wet sekitar 15-30% sudah mencukupi untuk dapatkan Reverb vokal yang baik.

PCM 81 pula merupakan Multi Effect Processor yang mempunyai 300 preset FX yang berkualiti tinggi. Ini bermaksud apabila unit ini digandingkan dengan PCM 91, sound yang terhasil memberikan impak sonic dan clarity yang sangat jelas dan bertenaga dalam memacu vokal anda lebih berkarakter dan mempunyai color tersendiri. Penulis sangat menyukai kedua-dua unit ini dalam penggunaan rakaman vokal. Kalau tidakpun, PCM81 ini boleh dijadikan unit untuk hasilkan sound design yang baik dalam pembikinan filem.

Tapi alangkah malang sekali..PCM 81 dahpun rosak baru-baru ini. :( :( :( mungkin sebab dah lama tak digunakan sampai rosak jadinya. Padahal PCM 81 tu adalah Multi FX Processor yang sangat mahal harganya. Ah..nak bagitahu Bos la boleh tak repair. Itulah hardware yang memproses vokal jadi lebih sedap dan bertenaga. Tanpanya, kena buat waktu post dalam Logic Pro X. Itu pun belum tentu dapat yang accurate macam PCM 81. Demn!!

Sebenarnya penulis memang teringin sangat nak buat rakaman muzik di studio audio ni. Oleh kerana di UTM ni ada jawatan pemuzik di Unit Kebudayaan, penulis amat galakkan mereka untuk datang ke mari untuk jalankan rakaman. Mereka ada drum set dengan mic yang cukup. Keyboard dan bermacam instrumen lagi. Penulis selalu berangan kalau dapat buat rakaman di studio ini, lagu-lagu pilihan adalah dari mereka sendiri dan penulis hanya mahukan skills yang ada ini digunapakai oleh pihak yang inginkan perkhidmatan ini dalam UTM. Skills yang dah ada ini sangat perlu untuk dikembangkan sebelum ianya menjadi lapok dan tidak relevan lagi pada masa akan datang. I have the skills and I have the passion..please, I want to use my creativity and talent to soar even higher in the sky! Arghhh!!!

Ok..stop dulu. sebelum penulis mengarok..thehehe...dengarkan yer vokal sample tu!

Wassalam...
Jeffri Rahman
Producer | Blogger | Cinematographer

Share:

Sunday, October 2, 2016

Kemungkinan besar ada sekumpulan manusia yang mempunyai bakat dan kreativiti yang amat baik dalam penghasilan kerja berkaitan produksi multimedia. Mereka ini jenis yang tidak berkira untuk mengeluarkan idea bagi menjayakan sesuatu projek jadi realiti. Apa yang terbaik dalam fikiran dicurahkannya ke dalam kertas putih bersaiz A4 dalam MS word yang ditaip secara digital dan kemudian dicetak bagi tujuan semakan semula. Baris demi baris disemaknya skrip hasil pemikiran kreatif dirinya. Kemudian difikirkan pula watak-watak yang boleh dijadikan pelakon tanpa perlu menggilap bakat tersebut dengan terperinci oleh kerana mereka adalah orang awam ataupun kebanyakkan. Dengan sejumlah wang kecil dapatlah barisan pelakon tersebut menikmati hasil titik peloh mereka yang berhari-hari melakonkan watak yang diciptakan oleh penulis itu tadi dengan begitu baik sekali. Lalu, pengarahan yang dilakukan dengan jayanya oleh penulis itu sememangnya memuaskan hati si penulis. Dia ingin berkarya lagi tanpa ada rasa jemu kerana dia fikir ideanya endless!! tidak berpenghujung!! Dia mahu sentiasa teroka dan teroka peluang yang boleh bagi mengembangkan sayapnya lebih lebar dengan niat boleh terbang lebih jauh dan jauh ke sana!

Akan tetapi..niatnya itu barangkali terbantut! Kenapa begitu? Lebih sepuluh tahun dia sudah menabur bakti. Dia ada bakat, kreativiti, tech-savy dengan gadget audio dan videonya. Suara lembu barangkali boleh diterjemah semacam penyanyi nombor 1 negara. Suara sengau barangkali boleh ditune semacam Anuar Zain. Angle mana dari viewfinder kamera dia nampak cantik, dia lebih percaya angle dari matanya sendiri dalam sinematografi. Begitulah gambaran yang dapat divisualkan mengenai dirinya. Tetapi amat sukar yang satu ini. Dia mahu merasa apa ada pada  angka selepas itu, angka lebih tinggi dari angka yang disandangnya sekarang. Kerana dia tahu apa kebolehan dan kemampuan dirinya. Mahu bikin filem masuk panggung pun boleh tapi ada-ada saja kekangannya. Yang lain-lain pun berlumba menukilkan surat dengan harapan mahu terbang lebih jauh. Dia pun tidak ketinggalan. Dengan pengalaman, dia bawa bakat dan kreativitinya ke dalam kertas putih tersebut. Berhati-hati dia menaip sambil mengingat kembali sumbangan yang telah ditumpahkan ke dalam organisasi dia kerja. Konon-kononnya semacam kerta kerja mahu beli Singapura. Kemudian dihantarnya surat memohon untuk naik pangkat. Berbulan dinantikan jawapan oleh pihak management tetapi tidak ada satupun jawapan kepadanya. Ah..sudah, apakah dia bermimpi sahaja atau mengharap setinggi gunung setaman kasih, setandan daun pisang? Sedangkan Bos kecik terdahulu yang benar-benar menyuruh kesemua staf di bawah seliaannya berbuat begitu. Diikut sahaja. 

Tapi..anehnya tiba-tiba sudah ada pembikinan kertas kerja kenaikan pangkat bagi beberapa orang rakan staf yang lain diberikan perhatian. Sudah sampai ke peringkat management katanya..tapi oleh kerana tiada bajet bagi tahun hadapan, maka terpaksa simpan hasrat itu barangkali. Waduh...kenapa jadi begini? Sedang sudah ada calon kenaikan pangkat rupa-rupanya, jadi apa guna si dia dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh menukil surat memohonan naik pangkat tapi yang dipandang mata oleh Bos besar sikit hanya segolongan dua? Apakah barangkali sijil atau Diploma, atau Degree yang si dia ada itu tidak memenuhi kehendak organisasi dia kerja? Atau tidak setanding dengan segolongan dua itu punya sijil barangkali? Jadi apa gunanya dinamakan kenaikan pangkat kalau tidak mahu dinaikkan pangkat staf-staf seperti si dia dan rakan-rakan yang lain hanya kerna sudah ada calon yang lebih sesuai? Aduh..maaflah, kiranya si dia itu yang punya bakat dan kreativiti masih tidak cukup lagi kriteria yang mahu diambil kira. Maaflah kiranya kedatangan ke organisasi itu hanyalah mawar memutik seketika layu akhirnya nanti. Maaflah juga akan kehadiran ke sana ibarat persinggahan sementara. Si dia mungkin sudah ngerti, bukan ini yang dia mahukan..kalau di pihak post production company barangkali dia dipandang dengan baik akan bakat dan kreativiti. Dia diperah dengan cukup-cukup bagi menghasilkan kreaitiviti yang lebih baik dari satu projek ke satu projek yang lain. 

Dia hanya bermimpi di siang hari

Nukilan penulis
Producer | Cinematographer | Voice over

Share: