Tuesday, June 23, 2015

Nantikan coretan terbaru dari tuan tanah kedaung cubitsanasini.blogspot.com. Hasil tulisan yang akan menggoyangkan kerusi anda sedang duduk, sedang gosok gigi, tengah gigit kuku, malahan ada yang tengah cebok &*^@*. Ini kali tulisan dengan sahaja-sahaja bagi memantapkan hu hu ha ha tut tut tut..itu mungkin gaya relax bagi seorang yang bergelar Multimedia Producer. Apa? Ngko tak tau apa tu multimedia producer?? Bak sini mercun mancis aku lempaq kat kaki hang!


Hang tak puas hati lagi?? Kejap..aku pi check kat soundcloud.com aku tepek aku punya voice over kat sini. Dengar dulu ler, karang2 dah free nanti aku update ini tulisan kasi habis ini topik.





Ok, dah dengaq voice over aku nanti aku cerita kat korang camne apekah kerja multimedia producer!
Salam...

Pengenalan Ringkas dari pengalaman bekerja

Kebanyakan daripada kita pasti sudah mengenali apakah yang dikatakan tentang multimedia. Kelebihannya pada deria manusia yang melihat, mendengar, sentuhan malahan gabungan dari ketiga-tiga elemen tersebut. Dan apabila ianya bercantum, maka terhasil suatu produk yang baik dengan tujuan memudahkan dan meningkatkan taraf hidup kita sebagai manusia dengan apa yang ada di sekeliling kita. Tetapi itu dari aspek manusia biasa ataupun orang awam yang menerima kesan secara langsung daripada penghasilan produk multimedia. Akan tetapi...apakah aspek yang dilihat oleh seorang yang bergelar Multimedia Producer? Sudah pasti berbeza dan mereka mempunyai tanggapan tersendiri terhadap sesebuah penghasilan kerja seni. Mari kita lihat deskripsi tugas dari pandangan Multimedia Producer.

Pengetahuan

Kalau dah nama jawatan Multimedia Producer, sudah tentulah seseorang itu seharusnya berpengalaman dalam kepelbagaian bentuk media. Ini termasuklah fotografi, video dan editing, rekabentuk web, reka grafik dan animasi, penulisan skrip beserta interaktif media. Nampak macam banyakkan? Tapi tak bermakna anda harus jadi 'expert' dalam semua perkara, yang penting adalah menguasai pengetahuan terhadap pelbagai platform tersebut. Ringkasnya...kita dapat menguasai elemen multimedia dan bagaimana hendak bekerja dengannya menggunakan peralatan/perisian yang tersedia di studio/pejabat anda. 

Jadi apabila saya sebut menguasai pelbagai platform dan peralatan/perisian, ini juga bermakna anda perlu mempunyai pengetahuan terhadap produksi video dan editing. Kerana zaman sekarang telah dipermudahkan gerak kerja kita dengan adanya peralatan seperti kamera DSLR yang berkeupayaan untuk merakam video berdefinisi tinggi. Dan harganya pula tidaklah mencecah bumbung ataupun mencecah ke langit! Mungkin hanya mencecah separuh tiang gol. :p Sebab itulah kita melihat di laman video popular seperti youtube ataupun vimeo, kebanyakan mereka yang berkemampuan akan membeli peralatan sendiri untuk menjalankan produksi video sendiri. Selain daripada itu penguasaan terhadap perisian video Non Linear Editing (NLE) seperti Adobe Premiere Pro, Final Cut Pro, Avid dan pelbagai lagi perlu ada dalam diri anda bagi menjalankan kerja-kerja produksi dari awal hingga akhir. Sekali lagi saya ulang..tak perlu kuasai semua perisian video ini, yang penting ialah, bila anda dah tahu gunakan salah satu daripada jenama tersebut, kemudian anda tak perlu risau untuk menguasai jenama yang lain pula kerana anda telah mempunyai asas yang perlu dipelajari terlebih dahulu. Biasalah..kalau waktu di Universiti/Kolej belajar jenama A, bila masuk pasaran kerja  pula mungkin jenama B atau C. Pucuk pangkalnya ialah...dah tahu asas. Kipidap kipidap! :p

Tak cukup dengan produksi video, anda juga perlu mengetahui selok-belok kerja grafik dengan menggunakan perisian popular seperti Adobe Photoshop untuk imej editing dan manipulasi, Adobe After Effects untuk kerja-kerja animasi dan juga Adobe Flash dan Adobe Dreamweaver untuk kerja-kerja rekabentuk web. Dalam pengalaman aku bekerja sebagai Multimedia Producer, kesemua perisian yang aku sebutkan tadi telah aku gunakan dalam menyiapkan proses kerja aku. Sebagai contoh projek video pendidikan Massive Open Online Course (MOOC). Dari perisian Adobe Photoshop, After Effect, Adobe Audition, Final Cut Pro X, semuanya digunakan semata-mata untuk membangunkan video ini.



Ini adalah video introduction subjek STRATEGIC MANAGEMENT di bawah projek Massive Open Online Course (MOOC) UTM. Setiap subjek akan diperkenalkan melalui introduction video untuk menarik minat pelajar Universiti subscribe subjek tersebut secara percuma!

Manakala ini pula video montaj pelancaran MOOC di UTM. Walaupun menggunakan template After Effects, tetapi anda perlu tahu macam mana nak arrange template tersebut ikut kehendak skrip. Kenapa guna template? Bagus soalan tu..kena tanya semula pada diri kita..bila kita dapat arahan dari pihak atasan untuk siapkan video ni? Ohh..petang semalam, nak pakai video keesokannya. Ada faham!!

Pengurusan Projek

Satu perkara penting yang perlu diketahui oleh Multimedia Producer ialah pengurusan projek. Kerana anda akan bekerja dengan production team dan kena tahu bagaimana nak manage sumber yang mempunyai keparakan dalam perkara tertentu dalam produksi. Ada tukang jaga audio, tukang jaga kamera, tukang jaga lampu, tukang jaga skrip, tukang tengok dan segala macam tukang-menukang ada di situ. Kalau waktu rakaman video  stand upper sedang berjalan dan tiba-tiba tukang jaga kamera tersepak tripod, dah tentulah kena CUT terlebih dahulu. Takkanlah waktu tengah rakam tu hang buat-buat diam tak tahu jer. Bergegar kamera dan akibatnya frame pun bergoyang. Lepas tu kalau tiba-tiba tukang jaga audio suruh CUT hang pun kena CUT waktu tu jugak. Sebab mungkin ada gangguan waktu rakaman tersebut sedang dijalankan, yang hanya didengari oleh audioman/boom operator tersebut. Kalau hang terus jugak rakam, takde backup, selamat jalan romeo! Hah...sebab itulah hang kena belajaq pengurusan projek/pengurusan produksi.




Lagi satu perkara penting dalam pengurusan projek ialah deadline dan memastikan peruntukan bajet mencukupi untuk sesebuah projek. Apa-apa kerja di dunia ini pun, sememangnya ada deadline supaya kerja yang kita lakukan itu mengikut perancangan awal dan tidak drag terlalu lama bagi mengelakkan bajet yang tidak mencukupi kemudiannya. Kalau kata sebulan siap maka dalam masa sebulanlah kena siap. Dan kalau bajet diberi RM XXXXX maka jumlah terebut tak bolehlah overspend..kalau tidak, pihak atasan akan menyoal bagaimana anda handle projek tapi tak tahu nak buat anggaran bajet? Hentam saja ka?? Mahu kena buang ka?? Haiyooo..dan kalau ada banyak projek kena handle dengan pelbagai peringkat produksi dalam masa satu hari, boleh ke kau manage kerja tu weii?? Boleh?? Kalau boleh, buat cara boleh, kalau tak boleh..cakap awal-awal, jangan hang cakap boleh tapi tak boleh, hang memang nak kena penampaq gajah!

Fasa Produksi

Yang ini memang penting! Sebabnya ialah tugas Multimedia Producer ni takkan lari dari 3 peringat fasa produksi iaitu preproduksi, produksi dan posproduksi.

Preproduksi ini ialah fasa perancangan. Sebelum sesuatu projek dapat dimulakan sudah tentulah peringkat pertama ialah meeting, meeting dan meeting. Waktu nilah segala perkara bermula dari akar umbi hinggalah menjadi sepohon pokok semuanya dibincangkan. Contoh aje analogi sepohon pokok tu kay! Ianya bagi mendapatkan eagle eye view terhadap sesuatu projek. Ini bermakna korang kena berfikiran dari imaginasi korang tu untuk conceptualize idea dari peringkat awal hinggalah ke peringkat akhir terjadinya produk. Ini termasuklah perancangan bajet, skripting, storyboarding, voice-over artis (jika ada), lokasi shooting (indoor/outdoor), equipment studio/sewa, khidmat pelakon, setting deadline. Kalau semuanya cantik ikut jadual..fuhhh...sepatutnya lancar dan tidak mendatangkan banyak masalah.

Peringkat produksi ni ialah di mana apa yang telah kita bincang dan bentangkan sewaktu preproduksi ;dilaksanakan dan dilakukan oleh production team. Masing-masing dah tahu tugas sendiri, dan kau nak duduk mana kalau diorang dah ada tugas sendiri? Duduk silang kaki makan pop corn? Aku bagi sebijik kat muka hang nanti! Debik!!..Sudah tentulah Multimedia Producer itu akan bertindak sebagai Direktor/Pengarah sewaktu produksi sedang dijalankan. Di peringkat inilah shooting video dijalankan, graphic creation, rakaman voice over artis sumbangkan suara, segala-gala yang sedang dijalankan ini apa yang kita harapkan ialah...agar berjalan dengan lancar dan kurang timbulkan masalah. Tapi korang pernah fikir tak macam mana nak kurangkan masalah sewaktu production dari kaca mata Multimedia Producer?? Jawapannya ialah...practice makes perfect! Kalau upah profesional untuk voice over, maka sudah tentu hasilnya pun profesional dan tidak memakan masa yang panjang. Save time! Kalau upah pelakon profesional hafal skrip depan lens dan tidak banyak kali kena TAKE, save time! Kalau production memang dah mantap dan tahu nak setting gadget masing-masing, SAVE TIME AND COST! Banyak faktor..tapi cuba kurangkan masalah.

Dalam posproduksi, apa yang telah kita lakukan dalam fasa produksi akan dicantum untuk menjadikan produk akhir. Footage yang kita dapat kita akan susun dalam editing timeline, audio yang dirakam perlu synchronize atau tidak, masukkan unsur grafik, voice over, dan akhir sekali baru korang buat color enhancement (color correction). Setiap kerja posproduksi yang kita buat ni seeloknya ikut workflow (aliran kerja) bagi memudahkan kelancaran proses dan yang penting patuh pada masa. TIME is MONEY.


Inilah dia dedicated production team yang senantiasa memberikan kerjasama yang baik dalam field work shooting. Dah macam Engineer YTL dah korang. Nak shooting di power plant ni kena minta kebenaran dari Majlis Keselamatan Negara yer tuan2/puan2. Kalau tak kerana projek pendidikan BLOSSOMS KPM-UTM-MIT tak mungkin dapat masuk ke kawasan ini.

Bekerja dengan Klien


Oleh kerana kebanyakan Multimedia Producer bekerja dengan production house, maka banyak masa mereka diperuntukkan untuk bekerja dengan klien dalam semua fasa produksi bagi memastikan hasil kerja memenuhi permintaan mereka. Sekiranya anda seorang Multimedia Producer yang bagus, sudah tentu anda dapat permudahkan proses kerja yang sukar menjadi kurang sukar dan menjadi orang tengah antara produk dan klien anda. Kemahiran komunikasi sangat penting dalam menjayakan idea klien menjadi kenyataan.

Gaji??

Bergantung kepada lokasi dan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut. Dalam ledakan dunia Multimedia kini, boleh dikatakan anggaran gaji seorang Multimedia Producer mencecah dari RM2.5K hinggalah 6K. Angka tersebut mungkin tidak tepat dan boleh bergantung kepada pengalaman dan kreativiti anda. Secara jujur...adakah mudah untuk mencari pekerjaan ini di negara kita? Yang benar-benar pure Multimedia Producer. Ada ke? Mungkin ada mungkin tiada. Kerana segalanya adalah terikat kepada ketetapan syarikat. Jikalau anda telah melaksanakan kerja-kerja yang sepatutnya Multimedia Producer laksanakan, akan tetapi sudah tentu ada kerja-kerja lain yang dimasukkan ke dalam job spek anda supaya anda juga menyumbang keuntungan kepada syarikat. Kesudahannya?? Dapatlah komisen...Hishhhh....buatlah kerja dengan sebaik mungkin.

Bagi aku, seelok-eloknya bangunkan portfolio anda sendiri bagi mengukuhkan kekuatan anda dalam kerja-kerja Multimedia. Kalau nak mahirkan lagi bidang multimedia ini tiada jalan lain melainkan menguasai satu area yang benar-benar kita bagus untuk dibangunkan dan jadikan branding bagi DIRI KITA SENDIRI. Kalau semua perkara anda nak jadi expert tapi ambil masa yang sangat panjang, eloklah lupakan saja, kekuatan anda terletak pada sesuatu kemahiran yang tidak ada pada orang lain dan mereka boleh terpegun sambil berkata 'WOW"! gile hebat kau ni! Ada faham? Tak kiralah anda seorang grafik designer kini, yang lebih elok kita kena buat sewaktu peringkat study di Universiti/Kolej ialah bangunkan portfolio dan networking dengan kawan-kawan supaya dapat membentuk peluang pekerjaan/perniagaan pada masa akan datang. Jikalau kita bagus buat web design, teruskan usaha itu dengan pelbagaikan lagi hasil kerja agar lebih banyak dan boleh mengkritik hasil kerja sendiri. Zaman sekarang ini rasanya tak cukup dengan hanya tahu web design, perlu ada nilai tambah yang bersangkut-paut dengan kerja kita. Contoh..programming language HTML, CSS, PHP, MySQL, Javascript, database. Kesemua kriteria yang aku sebutkan tadi amatlah berguna bagi membuka peluang lebih cerah untuk anda masuk ke pasaran kerja nanti. Kerana sudah tentu anda akan compete dengan orang lain yang sama hebat ataupun lebih hebat dari anda. Jadi, anda rasa dah cukup ke dengan menguasai perkara-perkara yang aku sebutkan dari awal penulisan sampailah ke penghujung penulisan ini? Cukup? Betul anda rasa cukup?

Bahasa kedua = Peluang Besar x Tips = ???

Sekiranya anda merasakan bahawa dengan menguasai elemen multimedia boleh mendapatkan kerja dengan gaji yang baik dan berkemungkinan mendapat komisen ataupun tips, elok fikir semula. Kenapa aku berkata begitu? Simple aje..negara kita ini terbentuk dengan berbilang kaum rakyat di dalamnya. Ada yang berbahasa melayu, ada yang berbahasa cina, ada yang berbahasa tamil dan sebagainya. Tidakkah anda semua ketahui bahawa apabila kita melihat pasaran kerja di laman jobstreet.com misalnya, apakah kriteria yang terdapat dalam sesebuah iklan pekerjaan? Mari kita lihat contoh job spec untuk Multimedia Designer:

  • Candidate must possess at least a Diploma/Bachelor's Degree/Professional Degree in Arts/Design/Creative Multimedia/Computer Science or equivalent
  • Required skills: Adobe Photoshop/Illustrator/Flash/Dreamweaver/CSS/HTML
  • PHP & MySQL are added advantage
  • Experience in responsive website coding, wordpress and others are encouraged to apply
  • Required language(s): Bahasa Malaysia, Chinese English
  • Prefarably Junior Executive specialising in Arts//Creative/Graphic Design or equivalent
  • Fresh graduates will be considered if he/she possesses creative attributes

Okay, kebanyakan dari requirement di atas kita dapat penuhi. Tetapi dari sudut faktor bahasa kedua selain bahasa inggeris, apakah bahasa lain yang kita tahu bagi memenuhi syarat yang di atas? Chinese? Pernah anda terfikir untuk menguasai bahasa ini bagi merebut peluang pekerjaan yang terdapat dalam mana-mana laman web seperti Jobstreet.com? Kebanyakan iklan pekerjaan kini meletakkan bahasa cina sebagai required language selepas bahasa malaysia dan bahasa inggeris. Ada sebahagian daripada kita yang mahir bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris. Namun ada juga sebilangan besar daripada kita yang tahu manglish (Malaysian-English). Walaubagaimanapun boleh diterima keadaan sedemikian kerana komunikasi di kebanyakan sektor swasta adalah dalam bahasa inggeris. Di situ anda boleh praktis bahasa inggeris setiap hari  dengan rakan-rakan di pejabat. Tetapi sekiranya anda ingin kompetitif dalam dunia pasaran kerja sekarang ini, adalah baik pelajari bahasa cina untuk terus bersaing hingga ke peringkat global jauhnya. Tidak rugi pun kalau kita belajar bahasa orang lain jika dengannya dapat membawa faedah dan bersaing dengan mereka. Kita kena sedar di mana kedudukan kita sekarang ini di negara sendiri. Untuk terus bersaing buatlah sesuatu yang dapat memberikan manfaat untuk diri kita. Jangan kita fikir dengan berbahasa inggeris sahaja sudah mencukupi, malahan yang lain itu juga amat penting dalam proses mencari pekerjaan.

Wassalam...
JEFFRI
MULTIMEDIA PRODUCER
(videographer, cinematographer, editor, voice acting)



Share:

Tuesday, June 2, 2015

Assalamualaikum W.B.T.

Selamat berkunjung ke laman blog cubitsanasini, sebuah blog yang menghidangkan cerita berkenaan aktiviti tuan tanah blog ini. Kebetulan cuti Chinese New Year 2015 yang lepas telah diisi dengan aktiviti jalan-jalan di Melaka bersama isteri tercinta dan anak sulong kami yang telahpun mencecah usia setahun. Di samping itu turut bawa sekali adik ipar yang sama-sama memeriahkan aktiviti santai ini.

Hurm..sebenarnya dah lama tak update blog ni dengan cerita-cerita menarik pengalaman tuan tanah sendiri. Oleh kerana keutamaan pada tugasan di ofis kebelakangan ini, maka aktiviti tulis-menulis terpaksa dihentikan buat seketika. Sehinggakan..saya rasa seolah-oleh skill untuk menulis hampir terpadam dari jiwa. :p Owh plis..kalau skill menulis saya mati, itu bermakna saya telah berpindah kepada kerja-kerja lain yang menjurus ke arah memenatkan fizikal, bukannya mental. Belum sampai lagi tahap mental..maklumlah biasa2 jer saya ni. Cuba tengok foto kat bawah ni apa yang saya maksudkan dengan kerja-kerja memenatkan fizikal..


Inilah dia hari-hari biasa di tempat kerja. Dengan kamera, tripod, slider, lens...bla bla bla..kalau dapat bercuti memanglah seronok..tapi kalau jadual shooting free, itu maknanya editing sedang dijalankan di Multimedia Lab. So hargailah keluarga anda. ;) Kredit to Datuk Supandi dengan foto ini. Kelasss!!

Aha...so dah tahukan? Jadi tak perlulah taip panjang lebar, sebab nak fokus kepada percutian singkat di Melaka ni. Haha..boleh? Orait..

Sebenarnya plan nak bercuti telah diatur oleh kami suami isteri sebelum perayaan CNY lagi. Asalnya ialah nak ke Kedah, melihat gunung ganang dan muzium padi la gitu. Tapi oleh kerana berbalik kepada realiti dengan keadaan jalanraya yang akan sibuk ketika itu dan kepenatan sudah pasti hasilnya..maka terpaksa dibatalkan buat masa itu. Saya pun pernah bertanyakan member2 di opis yang pernah ke kedah dan tempat2 menarik yang harus dilawati. Siap dah google lagi..tapi..

Berbalik semula kepada realiti..nak drive jauh2 awak tak larat pula nanti kata puan isteri, disokong pula oleh mak mertua...ishhh..betul juga, saya ni pun bukan boleh menyabar kalau jem di highway. Hurm..maka dengan itu puan isteri telah menyarankan agar jalan2 ajelah yang dekat sahaja. Tak perlu jauh2. Jadi..baliklah ke kampong puan isteri di Muar. Alhamdulilah..sedap2 masakan mak mertua. :)

Jadi, program dimulakan dengan berehat dulu di rumah keluarga mertua setelah penat drive dua jam dari jb ke muar. thehehe..macam jauh sangat jer jb ke muar tu. ;) So, pada keesokan paginya barulah kami bergerak dari muar ke melaka dengan membawa harapan agar dapat naik duck tour, pergi ke rumah terbalik, the shore oceanarium, etc. But wait!! Itu bukanlah plan asal ke melaka!

Sebenarnya...

Puan isteri lebih berkenan nak pergi ke A Famosa Resort untuk melihat show Old West. Kerana sebelum ini kami pernah ke sana bersama keluarga saya dan juga saudara-mara dalam acara gathering keluarga la gitu. Seronok..


Pasal ni la puan isteri nak pegi lagi sekali ke A Famosa Resort. Sebab show untuk Old West ni memang best! Gambar ni saya petik ketika tahun 2011 yang lalu.


Bukan gajah aje yang buat street show, malah ratusan burung berwarna-warni dilepaskan dan kembali ke tempat acara. Wow..amazingkan! Gambar ni saya petik ketika tahun 2011 yang lalu.

Jadi oleh kerana kita perlu sentiasa kembali ke alam nyata berbanding alam angan2, terpaksa juga lupakan hasrat untuk melihat acara Old West ini disebabkan show akan bermula pukul 7pm dan tamat pada 12am. Haiii...terpaksalah dibatalkan lagi niat suci itu. Bukan apa..kami bawa anak kecil dan rasanya kurang sesuai pula kalau bawa berjalan dari petang sampai ke tengah malam..dah tu kena drive lagi lalu lebuhraya AMJ yang selalu orang fikir agak menyeramkan lalu di sana. Takpe its ok..mudah-mudahan ada masa lagi untuk kami berjalan-jalan dengan selesa akan datang.

So, the 1st stop that day bila dah sampai ke Banda Hilir, Melaka, kami pun singgah di rumah terbalik@Upside Down House Gallery. Tapi sebelum itu kami tiba di Menara Taming Sari terlebih dahulu untuk memulakan aktiviti yang puan isteri teringin sangat nak buat..iaitu Duck Tour. Sesampai sahaja di kaunter tiket, aiseh...sudah habis tiket ketika itu. Yang ada pukul 4pm nanti. Jam sudah pukul 2pm. Takkan nak berpanas di luar..disebabkan itu the 1stop that day ialah di Upside Down House Gallery. Berjalan semula kami menuju ke Upside Down House. Puan isteri mendukung anak dengan baby carrier, saya pula pegang payung. Fair n lovely kan? Hihihi...

Aha..tengok tu, bapak orang tengah action konon2 terbaliklah book shelves tu.

Eh..dah terbalik dah toilet ni..tapi maintain jer yang dalam gambar tu. Kelas!!

Setelah menghabiskan masa kira2 empat puluh minit di Upside Down House, kita orang pun berjalan kembali ke parking kereta yang terletak tidak jauh dari rumah terbalik. Ops..lupa nak bagi tahu! Waktu public holiday macam ni laluan agak sesak di Banda Hilir dan merupakan perkara biasa yer tuan2 dan puan2..rata2 kebanyakan pengunjung tidak mengenal warna kulit mengambil kesempatan ini untuk membawa keluarga berjalan-jalan di Melaka. Toleh ke kiri kanan dari dalam kereta memang sentiasa dipenuhi dengan rakyat jelata yang punyai agenda cuti tersendiri.

Jadi disebabkan tak dapat naik Duck Tour oleh kerana timing yang masih jauh beberapa jam lagi, puan isteri mencadangkan aktiviti seterusnya di The Shore Oceanarium. Sebenarnya nak ke akuarium ni pun tak plan! Kerana waktu kami nak beli tiket di kaunter Duck Tour berdekatan Menara Taming Sari, orang yang menjaga kaunter tersebut mencadangkan The Shore Oceanarium sebagai destinasi seterusnya. Ini oleh kerana seperti yang saya sebutkan di atas tadi, kami tak dapat naik duck tour sebab masa nak tunggu begitu lama..jadi kami pun bersetuju untuk beli tiket Oceanarium di situ tetapi lokasinya terletak di The Shore Shopping Gallery. Kat mana tu? Haaa...sebelah dengan Kampung Morten, kampung tradisional tu la..so, kenalah drive.

Emak Alisha pun ambil kesempatan untuk pegang tapak sulaiman

Alisha tengah kusyuk tengok ikan besar depan dia..huhu

Berlatarbelakang salah satu akuarium ikan air masin



 Inilah dia video yang sempat ambil sewaktu melawat di The Shore Oceanarium. Oii..besar betul ikan tu!
blub blub blub...

Tiket masuk ke The Shore Oceanarium

Selesai jer tengok ikan2 yang besar dan bagi makan pada penyu yang ada dalam The Shore Oceanarium tu, kami pun beredar dan meneruskan perjalanan mencari makan. Dah dekat maghrib singgah pula ke Tesco makan KFC. Walaupun aktiviti seharian cuti di kala ini tidak nampak memenatkan, tetapi terasa juga keletihan memandu dan yang penting berbaloi. :-) Mudah-mudahan ada rezeki lebih buat kami sekeluarga teringin juga nak ke utara kasi jauh sikit jalan supaya penat tu betul2 terasa. Apa taknya.. dah lama plan tapi tak sampai juga ke sana. Huhu..tapi sekarang ni baby Alisha dah boleh berjalan, mungkin senang sikit nak bawa berjalan masa2 akan datang. InshaAllah..

Tiba2 aku terfikir, kalau kat bandar Melaka ni ada drive-thru baby food, mesti memudahkan. Maksud aku ialah bukan setakat makanan untuk baby jer malahan kanak-kanak pun sama. Yelah..time cuti sekolah memang ramai warga tempatan mahupun luaran yang berkeliaran di kota Melaka tu siap bawak baby dan kanak2. Kan bagus kalau ada servis yang aku sebutkan tadi. Babies and kids drive-thru foods service. Erm..erm..idea bernas aku tu! Jadi takdelah kita sebagai parent ni perlu rasa risau nak cari makan anak sementara tengah enjoy jalan2 dengan family. Macam kids meal KFC tu..haha! contoh jer...lagi bagus kalau servis ni ada kat mana2 bukan di tempat intereseting places aje. ;)

Apa2 pun, thanks for dropping by! kita temu lagi di lain entry yer!
Wassalam...


Share: